Redhalah dengan Qadar




Salam alaykum, Hayyakumullah,
           Ana harap antum hayati lagu di atas kerana bersangkutan apa yang nak ceritakn kali ini. Apa yang ana mahu ceritakan pada malam ini merupakan sebuah kisah yang agak menarik, suatu perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak.

            Ana baru sahaja lulus ujian memandu –alhamdulilah- setelah mengulangi ujian tersebut. Ana terfikir panjang kenapa ana gagal pada awalnya? Ya, ana telah abaikan tanggungjawab ana untuk meminta redho dan doa ibu serta kurang berdoa pada ilahi. Hari pengulangan ujian itu ana mendapat pelbagai kemudahan sehingga lulus dengan cara yang ana sendiri tidak sangka. Ya, itulah tandanya Allah yang maha mengatahui ingin mengajar kita sesuatu agar kita tidak terus lalai –kami memohon hidayahMu ya Allah-.

            Pernah pada satu ketika ana tidak berjaya mencapai satu keputusan yang membanggakan dalam UPSR setelah ana yakin bahawa ana pasti akan berjaya menggapai 5A. Tapi jangkaan itu meleset, ana pulang ke rumah dalam keadaan hampa dengan air mata berlenangan. Akan tetapi –subhanallah- ana kerana keputusan yang rendah ana masuk sebuah madrasah yang ana anggap pilihan terakhir namun sebenarnya madrasah itu adalah madrasah yang telah mendidik ana sehingga ke tahap ini. Dan ana –alhamdulilah- mencapai kecemerlangan di madrasah itu.

            Bukan ana mahu ceritakan kisah kejayaan ana sendiri, akan tetapi ana mahu ceritakan bahawa tidak semua perkara akan berlaku seperti yang kita pinta, kerana Allah telah mengatur segalanya untuk kita. Lihatlah Rasulullah yang lahir dalam keadaan yatim dan membesar dalam keadaan yatim piatu lalu diambil nyawa kerabatnya satu-persatu. Baginda masih berfikiran positif dan optimis dalam menjalankan misi dakwah. Begitu juga kita, mungkin kita gagal dalam pelajaran, percintaan, pekerjaan dan sebagainya. Namun ketahuilah semua itu tidak akan sia-sia.

            Semoga Allah memberi yang terbaik untuk kita, insya Allah!!!!!



Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

1 comment:

iAmCekbolat said...

Aamin =)
keredhaan itu penting.. usha juga =D
mgkin Allah tak berikan skrg.. tpi Allah beri kmudian.. kn?