Hayatilah Pesanan Ulama'



Bismillahirrahmanirrahim




Hayatilah pesanan-pesanan ini...
Semoga bermanfaat untuk diri kita...
Penuhilah dirimu dengan makrifat kepada Allah...
Carilah Rabbmu nescaya engkau temui kebahagiaan...



Berwaspadalah dengan lisanmu...
Kerana bahayanya cukup berat...
Membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan,
Akan dihitung secara halus kecuali amar ma'ruf nahi mungkar,
serta zikrullah...



Awasilah mata dan telingamu...
Kerana ia adalah dua pintu masuk syaitan ke dalam hati...
Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada hati...
Maka ia akan memberi kesan walau sedikit.
Hubungkanlah keduanya kepada Allah,
nescaya kamu hanya memandang dan mendengar perkara yang baik...



Jangan biarkan hatimu sayang kepada dunia...
Kerana sakit untuk kamu keluarkannya...
Rasailah kesempurnaan dan ketinggian rohmu,
dengan menilai kekuasaan Allah,
mendengar ayat-ayat Allah...






Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu...
dalam keadaan sentiasa berwudhuk lalu solatlah dua rakaat...
Sekiranya engkau mampu istiqamah...
Kurangkanlah makan...
Kerana sekiranya makan banyak...
Banyak mendatangi hadas,
dan sukar untuk bangun di malam hari...



Sabarlah dalam memohon keampunan Rabbmu...
Kerana dosa itu sukar untuk dikeluarkan...
Seumpama mengeluarkan racun dari badan...
Jangan berangan-angan kosong...
Kerana banyak berangan-angan...
Membawa kepada cinta dunia...
Seperti barah yang merebak amat sukar untuk dirawat kembali...



Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was kepada Allah swt...
Kerana itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian...



Wahai saudara saudari...
Janganlah mensia-siakan setiap nafasmu dengan perkara yang sia-sia...
Kerana denyutan nadi itulah...
Masa kehidupan yang singkat ini...


Qalam Mutiara dari
~Elfaakir Elfaqiir~




Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

April Fool?~ Mainan Yahudi


Bismillahirrahmanirrahim




Apa itu April Fool? 
Herm... Budaya barat? 
Practical Jokes? 

Ntah laa.. 
Tapi bukan sedikit yang turut meraikan 
April Fool's Day iaitu pada 1 April setiap tahun.

Ada satu kisah--->

Pernah suatu ketika, seorang suami yang jahil tentang agama telah mengucapkan,
 'Aku ceraikan kau dengan talak 3 kepada isterinya dengan niat untuk melawak'. 
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan 
muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool'! 
Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung
 apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah jatuh!!! 




Agaknya apalah sejarah April Fool nie hingga ada 
di antara masyarakat kita yang memberikan sambutan hangat terhadap hari April Fool ini? 
Herm.. Mari kita sama-sama renungkan kisah di bawah ini... 


'April Fool's Day' mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. 
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,
 Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. 
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) 
terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. 
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha 
untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.




Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa
 mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama
 barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
 Orang-orang muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut
 merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat
 kapal-kapal yang dimaksudkan.




Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
 Keesokan harinya iaitu pada 1 April
mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
 Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan 
menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. 
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. 
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya.. 
Lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya 
diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap 
tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.
 Yang menyedihkan, kita sebagai umat Islam turut meraikan April Fool's Day 
tanpa menyedari kita sebenarnya 
meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seislam kita sendiri..!!


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Amin....

Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Bernafas Dalam Udara Berdakwah



Bismillahirrahmanirrahim


♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠


Tuhan,
Bentangkanlah aku peluang dan jalan..
Yang akhirnya menemukan aku kepada Jalan Pulang..
dalam keadaan aku diredhoi, dikasihi..
Sebagai hamba yang mengabdi kepada Ilahi..


♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠



Dakwah?
Peranan siapa?
Ketuk dada tanya imaan..





Ramai orang sudah mengetahui bahawa
 berdakwah adalah tugas setiap individu,
tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. 
Dalam konteks dakwah, di antara kekeliruan yang sering berlaku 
ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah.
Inilah factor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran
 tidak mahu bangun untuk melakukannya, kerana dia merasakan 
amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat 
banyak kelemahan pada dirinya.




There is a way and the way is on the way ~ Be tough~



Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata,


“Jika seseorang itu tidak mahu mnegajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada keadaannya sudah sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.” 


Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan
Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau manambah,

“Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?” 

Imam Al-Hasan pula berkata, 
“Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukan-Nya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini, sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak  kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.”



Pada dasarnya, kewajipan berdakwah dituntut ke
 atas setiap orang yang mukalaf lagi berdaya.
 Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. 
Pada hakikatnya, Islam mengakui tahap-tahap kemampuan
 seseorang individu itu berbeza daripada individu lain. 
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, 

“Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran, 
maka hendaklah dicegah dengan tangannya. 
Jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan kata-katanya, 
dan jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan hatinya, 
dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”
– riwayat Muslim.


Iman memerlukan bukti,
 dan salah satu antara bukti-buktinya ialah membenci maksiat. 
Tanpanya, iman berkecai di hati. 
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud,

“Tidak ada selepas itu iman, walaupun sebesar biji sawi,” 

- riwayat Bukhari dan Muslim.


Ketahuilah,
Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan.
 Moga kita semua bertali arus dalam bermujahadah dijalanNya

Salamualaik.

Coretan Mutiara dari
~Elfaakir Elfaqiir~


Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Pabila Jodoh Berakhir




Bismillahirrahmanirrahim..

 سْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم




Ibarat sang kecil terlahir ke dunia
Menggamit mata-mata menyambutnya
Kita ibarat raja kita ibarat menteri
Perginya diratapi kepulangan dinanti


Pergilah dunia yang kita lewati
Luluh sudah kecantikan , harta dan jasad
Terpatri sebuah janji Illahi
Menunggu amalan di bawa pergi


Jika kita mulia oleh kekayaan dan harta
Bawalah mereka bila engkau pergi
Tetapi sayang mereka tidak mahu bersama
Yang hanya singgah ditepian tanah hina


Jika kita mulia dengan agama
Nescaya mati mereka menemani
Mencurah datangnya melimpah hadirnya
Merindu sayup di pintu syurga


-Pabila jodoh dunia Berakhir-





Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Tinta dari Hati



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Syukur kepada Allah yang member nikmat agung iaitu nikmat Islam,
Iman dan Nyawa. Solawat dan salam atas Rasulullah yang teguh dengan
sifat Tablighnya, dengan Fatonahnya, dengan Kebenaran lisannya
sehingga tersebarnya Islam di seluruh dunia sehingga ke dada kita.

Ini post pertama ana dalam blog yang insya Allah akan diwarnai
dengan keindahan dakwah. Ana sengaja menamakan tajuk post ana yang
pertama dengan Basmalah sebagai peringatan untuk membudayakan
satu tabiat memulakan segala perkara dengan Basmalah.

Apa tujuan sebenar blog ini dibina? Tidak lain dan tidak bukan
kerana ana rasakan sebuah tanggungjawab yang harus dilaksanakan
sebagai seorang saudara. Dan seorang muslim wajib ke atasnya untuk
berdakwah walaupun bukan seorang ustaz, syeikh atau sebagainya.

Sebuah Hadis Nabawi yang ana rasa kebanyakkan umat Islam tahu
tapi tidak beramal dengannya iaitu mafhumnya: “Seorang Muslim itu
menyelamatkan saudaranya dengan tangannya dan lisannya, seandainya
mereka tidak mampu maka dengan hatinya”.

Maka ana tidak mempunyai kuasa untuk menggubal sebarang undang-
undang. Akan tetapi ana mencuba untuk memanfaatkan kemudahan
teknologi yang diciptakan untuk merosakkan umat Islam menjadi satu
medium dakwah Islam.


Wailalliqa’ ma’assalamah…….

Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.