Jalan Dakwah itu Penuh Duri


Bismillahhirrahmanirrahim....


Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan ana untuk terus menulis di sini meskipun sekian lama jari jemari ini tidak menari mencoretkan sesuatu. Apa khabar teman? Sihatkah kalian dalam meneruskan kehidupan? Syukur, Allah masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas, lantas nikmat apa yang harus kita dustakan sahabat?


Sahabat, teman dan rakan seaqidah, ana ingin memulakan penulisan ini dengan satu rangkap ayat al quran yang pendek tapi cukup padat maknanya...


"...Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?.."
surah muhammad : 24


Sungguh, jalan itu penuh duri. Jalan apa? Jalan kehidupan. Perjuangan dalam merentas era Islam di akhir zaman. Banyak duri bertaburan. Keperitan menikam.

Tika gagah berjalan di atas muka bumi ini dengan pakaian Islaminya, maka seluruh dan tiap mata itu memandang pada dirinya.

Jelek. Kolot.

"Zaman moden... pakaian dan identitinya juga harus moden.."

Tika semangatnya dia, bangun mengucapkan kalimah tauhid, mengherdiklah seluruh manusia itu. Pandangan sinis dilontarkan.

Alim. Hipokrit.

"Zaman teknologi...cakap soal agama benda lapuk. Tunjuk alim.."

Benarlah, dunia ini sudah jelek dan hina.

*****

Jalan itu penuh duri. Sakit dan perit melaluinya hanya Dia Maha Mengetahui. Kerana Dia mengetahui tiap hati itu. Mereka menolak sana sini, itu salah..ini salah. Kejahilan juga yang betul. Apakah kita tidak meneliti apa yang sudah termaktub di dalam al quran itu? Atau benarlah ayat al quran di atas... 'sesungguhnya hati kita telah terkunci...'


Sahabat, dalam kita menerus langkah di era moden ini. Banyak mata yang memandang. Bertudung labuh, berkopiah putih dipanggil alim, ustaz dan ustazah.

Adakah hanya dengan kita memakai pakaian sedemikian rupa, lantas kalimah ustaz dan ustazah harus dilontarkan?

Bukan pada pakaian harus kita nilai dan ukur. Bukan sahabat.




 Kenapa ana perlu pakai purdah. Kenapa perlu pakai jubah dan sebagainya. Bukan kerana untuk menunjukkan ana ustaz atau apa, tetapi untuk menunjukkan pada semua, inilah pakaian Islam. Ini yang Islam ajar. Menutup aurat bukanlah untuk mahu tunggu ikhlas dan bergelar ustaz , ustazah sahaja, tetapi menutup aurat adalah satu kewajipan.

Kecewa.

Sungguh, jalan ini penuh duri. Dongak ke langit luas, seakan ingin menangis.

"Ya Allah.. apa sudah jadi pada hati manusia-manusia iniiii?"

*****

"...maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada..."
surah al hajj : 46

Benarlah sahabat, hati kita yang buta. Buta dengan kehidupan dunia. Hingga hati melupakan kehidupan akhirat. Masih belum terlambat untuk berubah. Macam mana seronoknya kita mulakan kejahilan, macam itulah seronoknya kita kembali kepada perubahan.

Kita yang memulakan kejahilan itu, maka kita jugalah yang harus mematikannya. Masih belum terlambat. Semua mampu berubah. Bukannya orang yang hebat akan senantiasa hebat, dan bukan juga orang yang hina dan kotor senantiasa kotor.

Bila mana Allah kata 'Kun Fa Ya Kun..'

Maka, jadilah seperti mana yang Allah kehendaki. Jangan terlalu sombong dengan kelebihan yang Allah berika kerana suatu hari nanti mungkin Allah akan tarik kembalik nikmat yang Dia berikan.


Benar, untuk menuju ke arah nikmat iman itu, jalannya penuh duri!

Lemah bukan beerti kalah. Jangan tunjukkan kita mahu kalah. Buktikan kita pasti menang. Biarkan hinaan orang, biarkan kutukan orang. Kita mampu sahabat.

Kita selalu futur. Pelajaran yang tidak seberapa. Pakaian yang tidak seIslami orang lain. Perangai yang tidak berapa elok.

Mulai hari ini, jom bersama-sama kita berubah ke arah menggapai redha Allah.


Ingat kalau result tak elok, selamanya tak elok? Come la.. kita pun boleh. Cuma jangan malas.

Ingat kalau pakai seksi, selamanya nak seksi? Relax la... masa ada, tiada siapa nak halang untuk pakai menutup aurat. Ahlan...ahlan..

Ingat perangai tak elok, selamanya nak jadi macam tu ka...? Tidak sahabat.. rahmat Allah itu Maha Luas.


Serius, sangat luas.

Kita berubah yaaa... :)


Allah Maha Penyayang Lagi Maha Pengampun. Maka Ya Allah, 
Kami memohon, terimalah taubat hamba berdosa. Amin.


Mood : jalannya penuh duri, lagi ingin aku lalui!



Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

You Choose Your Path



Assalamualaikum, Hayyakumullah,

Sudah sekian lama tidak menulis kerana sudah berbulan hati ini dan minda ini gersang dari idea dakwah. 
Tapi insya Allah kali ini ana nak bawa sebuah kisah yang berkaitan tentang perkara yang penting yang mungkin akan menjadikan siapa diri kita sebenarnya.

Ana rasa tajuk yang ana 'highlight' kan sudah jelas. Ya, kita sendiri pilih jalan mana yang ingin kita pilih. Dan ana yakin bahawa setiap dari hamba Allah pasti ingin menuju jalan yang lurus, jalan orang-orang yang diredhai Allah seperti dalam surah Alfatihah yang dibaca setiap solat. Tapi kenapa kita ingkari apa yang telah kita pohon??

Ana mengajak seorang sahabat ana untuk pergi ke pertandingan tilawah al-quran yang akan diadakan di Johor. Namun jawapannya amat menghampakan. Akan tetapi apabila diajak untuk bermain futsal pada waktu malam hatta terpaksa melambatkn solat isya' dengan hati yang terbuka dia menerima.

Apa yang ana hanya mampu lakukan, ana sudah melakukan tanggungjawab untuk mengajak, tetapi pilihan adalah di tangan kita. Pilih la jalan yang akan membimbing anda ke arah keredhaan Allah. Hidup hanya sekali, jadikanlah hidup kita didunia ini menghantar kita ke Firdausi -nikmat Allah yang kekal abadi-. Tidak menjadi kesalahan untuk bergembira dengan apa yang ada dunia, tapi jangan kerana dunia, akhirat kita dicemari. Wallahu A'lam.

Semoga jalan yang kita pilih mendapat keredhaan Allah, insya Allah.....


Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Rindu yang bersarang...Allah!


Bismillahirrahmanirrahim






Lamanya tak menulis di sini.
 Masih belum ada kekuatan. 
Masih belum ada rasa untuk menulis kerana tiap kali pena ingin dilarikan, 
terasa sebak di dada. Ya Allah… kuatkan hati hamba-Mu ini.


Rindu untuk menulis. Rindu untuk bermadah. 
Cumanya ana tidak mahu lagi tersalah langkah. 
Sekali lagi teruji di usia muda ini. 
Hanya Allah yang tahu perasaan hati. Alhamdulillah teruji. 
Syukur kerana sedar akan kesilapan diri.


Segalanya harus kerana Allah.
 Apa-apa yang kita suka harus juga disukai Allah… 
mungkin kita tidak tahu bahawa yang kita tidak suka itu terbaik buat kita, 
bahkan yang kita suka amatlah buruk buat diri kita hakikatnya.…


Ana temui kunci utamanya. 
Yakni, pohonlah apa jua yang engkau kehendaki kepada Allah kerana 
Dia yang mengetahui aturan masa depan kita. 
Kita tidak berhak menentukan kerana kita hanyalah makhluk pinjaman Allah..


Allah!!..Allah!!..Allah!!
Kalimah itu dilaungkan..
Betapa kerdilnya diri ini...

Ya! ana tidak bisa mengalah..
Ana akan terus menulis. Menulis kerana ALLAH...




Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Pilihlah untuk Taat



Salam alaykum, Hayyakumullah,


         Adakalanya kita rasa diri kita dipaksa untuk melakukan itu dan ini, 
kita rasa kita terpaksa untuk menutup aurat, solat, jaga pergaulan dan sebagainya.
 Kemudiannya kita lakukan segenap amalan itu tanpa rela. 
Meskipun kita tidak mengkhabarkan tentang amalan itu kepada orang lain kita tetap tidak ikhlas, dan tanpa ikhlas amalan itu tidak bererti lagi.


        Cuba kita renung seketika, apakah yang menyebabkan kita rasa terpaksa? 
Ya, kerana kita tidak nampak di sebalik amalan yang kita lakukan,
 disebalik ketaatan yang kita dirikan,
 ada sesuatu akan memberi pulangan yang besar, 
pulangan yang di luar kotak fikiran kita, 
pulangan yang lebih hebat dari ganjaran yang kita kejar di dunia.

     




        Ana teringin mengajukan beberapa soalan kepada yang rasa dirinya terpaksa.
 Adakah Allah terpaksa mencipta kita? 
Adakah Allah terpaksa untuk member kita rezeki dan nikmatnya yang berlimpah ruah itu?
 Adakah Allah terpaksa memakbulkan setiap doa yang kita pohon mendayu-dayu kepadaNya? Sesungguhnya Allah memilih untuk menganugerahkan kita segala nikmat di dunia ini.
 Tapi kita?

      

         Maka pilihlah untuk ikhlas mentaati perintah Allah dan RasulNya. 
Kerana di situ letaknya ikhlas dan mutu ibadah kita.
 Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang
 mengecapi kelazatan beribadah kepada Allah.
 Wallahu a’lam……….

Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Redhalah dengan Qadar




Salam alaykum, Hayyakumullah,
           Ana harap antum hayati lagu di atas kerana bersangkutan apa yang nak ceritakn kali ini. Apa yang ana mahu ceritakan pada malam ini merupakan sebuah kisah yang agak menarik, suatu perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak.

            Ana baru sahaja lulus ujian memandu –alhamdulilah- setelah mengulangi ujian tersebut. Ana terfikir panjang kenapa ana gagal pada awalnya? Ya, ana telah abaikan tanggungjawab ana untuk meminta redho dan doa ibu serta kurang berdoa pada ilahi. Hari pengulangan ujian itu ana mendapat pelbagai kemudahan sehingga lulus dengan cara yang ana sendiri tidak sangka. Ya, itulah tandanya Allah yang maha mengatahui ingin mengajar kita sesuatu agar kita tidak terus lalai –kami memohon hidayahMu ya Allah-.

            Pernah pada satu ketika ana tidak berjaya mencapai satu keputusan yang membanggakan dalam UPSR setelah ana yakin bahawa ana pasti akan berjaya menggapai 5A. Tapi jangkaan itu meleset, ana pulang ke rumah dalam keadaan hampa dengan air mata berlenangan. Akan tetapi –subhanallah- ana kerana keputusan yang rendah ana masuk sebuah madrasah yang ana anggap pilihan terakhir namun sebenarnya madrasah itu adalah madrasah yang telah mendidik ana sehingga ke tahap ini. Dan ana –alhamdulilah- mencapai kecemerlangan di madrasah itu.

            Bukan ana mahu ceritakan kisah kejayaan ana sendiri, akan tetapi ana mahu ceritakan bahawa tidak semua perkara akan berlaku seperti yang kita pinta, kerana Allah telah mengatur segalanya untuk kita. Lihatlah Rasulullah yang lahir dalam keadaan yatim dan membesar dalam keadaan yatim piatu lalu diambil nyawa kerabatnya satu-persatu. Baginda masih berfikiran positif dan optimis dalam menjalankan misi dakwah. Begitu juga kita, mungkin kita gagal dalam pelajaran, percintaan, pekerjaan dan sebagainya. Namun ketahuilah semua itu tidak akan sia-sia.

            Semoga Allah memberi yang terbaik untuk kita, insya Allah!!!!!



Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Sebak?





Bismillahirrahmanirrahim


Kalam dari hati?
Titis hujan yang turun bersama sejuta rahsia





Tiada air mata yang dapat menenangkan jiwa
kecuali AIR MATA TAUBAT




SEBAK…

Itu yang mampu ana ucapkan tika ini. 

Entah… apa yang menyelubungi diri ini pun ana tidak mengerti. 
Tapi..syukur, puas bila menangis. 
Puas bila air mata ini menitis di atas pipi. 
Puas kerana telah terluah segalanya pada ALLAH.




Puas bukan?

Ya..ana puas.
 Rasa mahu menjerit meluahkan segalanya.
 Lapang dada ini apabila segalanya diluahkan pada ALLAH. 
Kosong fikiran yang tadinya serabut.


Tak percaya?

Cuba la.. 
menangis sepuas-puasnya usai solat. 
Ada ketenangan di situ. Ada nur cahaya iman di situ. 
Allah mampir mendekati. Hati kita bersatu. 
Terluah segalanya… 
subhanallah..ajaib.. lega hati ini!



Sukar menangis?

Memang sukar kalau hati kita tidak mahu. 
Ana pernah jadi begitu. Nak nangis…tapi tak boleh. 
Sakit hati. Cuba untuk nangis…tapi tak boleh. Kenapa ya?


Maksiat terlalu banyak barangkali..ALLAH…
jangan Kau tarik nikmat itu ya Allah…


Bisiklah di sujud akhir kita.. 
“AKU MENCINTAI-MU YA ALLAH…”


Selamat mencuba.. ^___^


p/s : menangislah sepuas-puasnya… fuh, lega kot…huhu





Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

Tahun Baru 2012~ Ikut Siapa??


Bismillahirrahimanirrahim

Salam alaykum,
 Hayakumullah!!!


            1 Januari, kenapa meriah sangat 1 Januari nih?? Meletup sana-sini dengan bunga api. Tahun Baru?? Ana rasa kita baru sambut tahun baru beberapa bulan lepas, kenapa ada tahun baru lagi?? Oh, tahun baru masihi. Kenapa disambut awal tahun kalender ciptaan orang bukan Islam lebih diagungkan oleh orang Islam lebih dari awal tahun Hijariah sendiri. Disini ana dapat kenal pasti beberapa sikap masyarakat majority muslim Malaysia tentang sambutan Tahun Baru Masihi ini.





1. Gaya Hidup

            Apa erti gaya hidup sebenarnya? Kata kebanyakkan orang menyambut sambutan orang kafir seperti Hari Natal, Tahun Baru Masihi,  Deepavali dan sebagainya adalah gaya hidup dan tidak boleh langsung dikaitkan dengan agama. Hal ini termasuk la juga fesyen, akhlak dan sebagainya.
 Maka secara rasionalnya segenap masyarakat kita dari 
rakyat ke pemimpin tertinggi Negara tidak tahu apakah erti atau definisi agama yang sebenarnya. 
Agama adalah gaya hidup, kerana itu agama Islam terbit dengan 
sifat yang syumul sehingga di dalam tandas juga ada perkara yang ditetapkan oleh Islam. 
Justeru majority masyarakat muslim Malaysia sebenarnya 
berbudayakan kafir sedangkan mereka muslim. 
Rasulullah pernah bersabada, 

”Seseorang itu dibangkitkan di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya”.


Konsert berleluasa ~ Ikhtilat tidak dijaga ~
Moga kita semua terpelihara

Adakah kita akan dibangkitkan dengan ibu kita?? 
Maksud sebenar hadis ini ialah kita akan dibangkitkan dengan orang yang kita agongkan.
 Jika Baginda Rasulullah yang kita agungkan dan menjadikan nya kiblat dalam menjalani kehidupan kita di dunia maka kita akan bersama baginda, tapi kalau kita jadikan Rooney, Jenifer Lopez, Messi, Obama sebagai role model??



2. Gembira ke?



            Terlukis kegembiraan di wajah para penyambut tahun baru masihi ini.
 Tapi adakah golongan ulama dan para solehin gembira? 
Tidak, kegusaran, kesedihan serta kerisauan melanda pada hati mereka. 
Kenapa mesti risau? Kerana mereka Nampak keruntuhan akhlak
 bererti bala tiba di tanah mereka berpijak. Pada malam tahun baru hari menanam benih-benih haram termasuklah hari valentine yang akan datang nanti. 
Malam 1 Januari arak-arak didiskaun dengan murah supaya siapa minum?
 Ya, orang Islam kerana orang kafir sudah pasti akan minum arak 
tapi harganya dimurahkan agar orang-orang Islam
 meminumnya tanpa sebarang kompromi dalam pesta menghitung akhir tahun itu.
 Percayalah, 9 bulan akan datang akan penuh di media massa 
kisah bayi sampah, longkang, dan sebagainya.


3. Keprihatinan,


We Fight together~ We Win Together~ We Die Together
All For Islam!

            Tapi alhamdulilah stesyen tv swasta tidak menyiarkan pesta 
countdown tahun baru kerana telah dikritik hebat oleh muslim-muslim yang prihatin.
namun,terdapat juga segelintir pihak yang
 dengan bangganya menayangkan lautan manusia bercampur lelaki dan perempuan. 
Natijahnya, kerosakan akhlak berlaku
Tahun Baru tidak pula mahu penuhkan masjid, 
Namun, dipenuhkan pula dataran bunga api.
Duhai Manusia..
Malulah kepada Allah
Sebegitu besar nikmat kurniaanNya kepada kita,
Dia sentiasa meniupkan Ar-RahmanNya buat kita,
Tapi, apakah yang kita balas pada kasih sayangNya?



********

Mari kita sama-sama
Muhasabah diri ~ Membentuk diri ~ Mentekadkan hati
Moga Allah redha.

Salamualaik.



Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.