Bernafas Dalam Udara Berdakwah



Bismillahirrahmanirrahim


♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠


Tuhan,
Bentangkanlah aku peluang dan jalan..
Yang akhirnya menemukan aku kepada Jalan Pulang..
dalam keadaan aku diredhoi, dikasihi..
Sebagai hamba yang mengabdi kepada Ilahi..


♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠ ♠



Dakwah?
Peranan siapa?
Ketuk dada tanya imaan..





Ramai orang sudah mengetahui bahawa
 berdakwah adalah tugas setiap individu,
tetapi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. 
Dalam konteks dakwah, di antara kekeliruan yang sering berlaku 
ialah seseorang itu menanti kesempurnaan diri sebelum mahu memulakan dakwah.
Inilah factor yang menyebabkan seseorang yang mampu mencegah kemungkaran
 tidak mahu bangun untuk melakukannya, kerana dia merasakan 
amalannya belum cukup mantap dan masih terdapat 
banyak kelemahan pada dirinya.




There is a way and the way is on the way ~ Be tough~



Berkaitan dengan isu ini Imam Said bin Jubair berkata,


“Jika seseorang itu tidak mahu mnegajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada keadaannya sudah sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.” 


Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan
Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau manambah,

“Dan siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?” 

Imam Al-Hasan pula berkata, 
“Siapakah di antara kita yang melaksanakan kesemua perkara yang diserukan-Nya? Syaitan amat menyukai apabila manusia terpedaya oleh sikap ini, sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak  kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar.”



Pada dasarnya, kewajipan berdakwah dituntut ke
 atas setiap orang yang mukalaf lagi berdaya.
 Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. 
Pada hakikatnya, Islam mengakui tahap-tahap kemampuan
 seseorang individu itu berbeza daripada individu lain. 
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud, 

“Barang siapa antara kamu melihat kemungkaran, 
maka hendaklah dicegah dengan tangannya. 
Jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan kata-katanya, 
dan jika tidak berdaya, hendaklah dicegah dengan hatinya, 
dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”
– riwayat Muslim.


Iman memerlukan bukti,
 dan salah satu antara bukti-buktinya ialah membenci maksiat. 
Tanpanya, iman berkecai di hati. 
Rasulullah SAW bersabda dengan maksud,

“Tidak ada selepas itu iman, walaupun sebesar biji sawi,” 

- riwayat Bukhari dan Muslim.


Ketahuilah,
Hati yang tidak mengingkari kemungkaran boleh membawa kepada kebinasaan.
 Moga kita semua bertali arus dalam bermujahadah dijalanNya

Salamualaik.

Coretan Mutiara dari
~Elfaakir Elfaqiir~


Sebarang
komen, cadangan, kritikan atau persoalan boleh diajukan ke email ana
elfaakirelfaqiir@yahoo.com atau elfaakirelfaqiir@gmail.com. Sokongan
antum untuk menjayakan dakwah ini sangat diharapakan.

No comments: